Monday, October 15, 2012

Lawing Waterfall

   Pada 9 september lepas, aku dan 2 rakan telah bersetuju untuk menjelajah Air Terjun Lawing yang terletak di Kg, Sungai Lui iaitu di daerah Hulu Langat. Kami bertolak pada jam 9pagi dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke tempat letak kereta di kawasan permulaan trek ke Air Terjun Lawing. Dari situ kami dikehendaki untuk trekking selama satu jam 15minit untuk sampai ke kolam utama Air Terjun Lawing. Pada mulanya trek agak mendatar dan mudah tetapi untuk 30minit terakhir kami perlu mendaki dan melalui kawasan berlukar yang agak tebal dan jalan denai yang nampak sudah hilang kesannya. Kami sampai di destinasi lebih kurang jam 12 tengahari dan hanya kami yang berada di sana.
   Di sini saya lampirkan gambar-gambar di kawasan Air Terjun Lawing:

Kawasan parking Air Terjun Lawing




Salah sorang org asli yg menginap dikawasan berhampiran air terjun...

Meredah kawasan belukar yg tebal...

Antara lubuk gua yg terdapat di sini...



Mainfall Air Terjun Lawing...








2 comments:

  1. salam tuan, sy ada pergi sabtu lepas. tapi tak berjumpa waterfallnya. setelah 30minit treking, jumpa rumah org asli cantik di sebelah kiri (dua sebenarnya, lagi satu dikawasan rendah bersepan sungai, terlindung), selepas itu sepatutnya kemana? terima kasih!

    ReplyDelete
  2. abang nak ke lawing fall cam ner waze nama apa

    ReplyDelete