Monday, December 19, 2011

Bukit Melawati, Kuala Selangor

   Pada 17 Dec baru-baru ini, aku bersama family ku pergi ke Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor. Perjalanan dari rumah kami di Salak Tinggi menuju ke destinasi menngambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya disana kami terus menaiki train yang disediakan untuk mengelilingi bukit Melawati. Bayaran RM3 dikenakan kepada dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Di Bukit Melawati ini terdapat rumah api lama, muzium, khazanah tinggalan sejarah, Taman Alam, perigi beracun, busut dan terdapat satu tempat khas yang boleh pengunjung bermain dengan beberapa spesies monyet dan memberi makanan kepada spesies ini.

   Di sini saya paparkan sedikit  gambar sekitar lawatan kami :






Spesies yang bebas disini...







Muzium...




Permandangan dari puncak Bukit Melawati


train yang kami naiki...



Larian Kitar Semula 2011

   Larian Kitar Semula 2011 telah berlangsung di Presint 2 Putrajaya pada 18 Dec 2011. Larian ini antara event larian yang terbesar untuk tahun ini kerana disertai hampir 5000 paserta. Larian dibahagikan kepada 6 kategori mengikut umur dan dibahagikan pula kepada 2 jarak larian iaitu 7km dan 3km. Larian bermula tepat jam 7.35 pagi dan aku berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa 35minit. Setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian telah diberikan sijil penyertaan dan goodie beg manakala medal hanya diberikan kepada peserta yang layak sahaja.


Adik iparku, Khairul Anuar...





 

MMU Rakan Muda Run 2011

   MMU Rakan Muda Run telah diadakan di Multimedia University, Cyberjaya pada  hari sabtu, 17 Dec 2011. Larian ini dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Puma open (10km), Student open (10km) dan Fun Run (3.6km). Larian ini bermula lebih kurang jam 7.10 pagi dan flag-off bermula dengan kategori Puma open, seterusnya kategori Student open dan di akhiri dengan Fun Run. Aku bersama rakanku, Fizi cuma menyertai Fun Run dan aku berjaya menamatkan larian dengan mendapat tempat pertama untuk kategori ini dengan tempoh masa 15minit. Semua peserta diberikan sijil penyertaan dan medal hanya diberikan kepada peserta kategori Puma open dan Student open sahaja.

   Sedikit paparan gambar untuk tatapan anda semua :

Bersama salah seorang crew larian...

Aku dan rakanku Fizi



Wednesday, November 30, 2011

Larian International Year of Cooperatives 2011

   Pada 26 nov 2011 telah berlangsung Larian International Year of Cooperatives 2011 yang diadakan di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Larian sejauh 5.35km ini disertai lebih kurang 400 peserta dari pelbagai lapisan umur dan dibahagikan kepada 6 kategori. Aku menyertai larian ini bersama adik iparku, Khairul Annuar dan berjaya menamatkan larian dalam tempoh 25minit. Setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian telah diberikan sijil penyertaan dan medal hanya diberi kepada peserta yang layak.

   Sedikit paparan untuk tatapan anda semua :









Monday, November 21, 2011

IOI Community Run 2011

   IOI Community Run telah berlangsung pada 20 nov 2011. Aku telah menyertai larian ini bersama rakan sepejabat, Hasrul dan kami dapat menamatkan larian ini bersama iaitu dalam tempoh masa 43minit. Larian ini disertai lebih kurang 700 peserta dari pelbagai lapisan usia dan dibahagikan kepada 6 kategori iaitu men open, women open, men veteren, women veteren, boys & girls. Medal hanya diberi kepada 100 peserta terpantas untuk setiap kategori dan kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan larian telah diberikan sijil penyertaan dan goodie bag.

   Disini saya sertakan beberapa paparan untuk anda semua...











Monday, October 31, 2011

Pink Charity Run 2011

   Pada 30 okt baru-baru ini, aku bersama rakanku Hasrul telah menyertai larian amal di Harbor Place, Klang. Larian ini adalah anjuran dari Hospital Pantai Klang. Larian sejauh 10km ini disertai lebih kurang 300 peserta dan bermula tepat jam 7pagi. Aku mengambil masa selama 55 minit untuk menamatkan larian ini. Medal, sijil dan goodie beg diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian. Sedikit paparan untuk anda semua :


Medal dan sijil yang diberikan...

Hasrul