Wednesday, June 20, 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

  Team Malaysia Fan Run 2012 telah diadakan di Dataran Merdeka pada  17 Jun lepas. Aku bersama beberapa rakan sekerja mengambil bahagian dalam larian ini iaitu larian sejauh 7km. Larian bermula tepat jam 8pagi dan cuaca agak mendung pada permulaan larian. Setelah berlari lebih kurang 4km kami terpaksa berlari dalam keadaan hujan yang lebat hingga ke garisan penamat. Terdapat 3 stesyen air untuk larian kali ini. Aku berjaya menamatkan larian ini dalam tempoh masa 35minit. Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan medal, sijil penyertaan dan goodies beg.
   Di bawah adalah beberpa gambar untuk tatapan bersama :

FOE Runner Team









Tuesday, June 5, 2012

Broga hill & Jeram Kedah

   Pada 29 May lepas, aku dan 3 rakan lain telah pergi mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Ketinggian bukit ini adalah 400m dan jarak perjalannya pula ialah 1.7km. Bukit Broga sering dikunjungi orang ramai terutamanya pada hujung minggu. Sebab itulah kami membuat keputusan untuk mendaki pada hari bekerja. Kami memulakan pendakian tepat jam 11 pagi dan sampai di puncak pertama pada 11.20 pagi. Terdapat 4 puncak di Bukit Broga ini. Setelah berehat seketika kami meneruskan pendakian dan berjaya sampai ke puncak teratas lebih kurang jam 12 tengahari.
   Setelah puas menikmati permandangan di puncak Bukit Broga, kami pun turun dari Bukit Broga dan terus menuju ke Jeram Kedah yang terletak tidak jauh dari Bukit Broga iaitu di pekan Ulu Beranang. Tepat jam 3 petang kami bergerak pulang. Di sini kami paparkan gambar-gambar untuk tatapan dan rujukan bersama :

Bermulanya pendakian...

Puncak Pertama Bukit Broga...


Gambar diambil dari puncak kedua Bukit Broga...


Puncak kedua Bukit Broga...

Gambar puncak tertinggi Bukit Broga diambil dari puncak ketiga...


Gunung Tokwan (675m)





Berada di puncak Bukit Broga (400m)







Air Terjun Jeram Kedah...