Monday, October 22, 2012

Hiking Gunung Datok

   Pada hari ahad iaitu 21 okt 2012 , aku bersama 3 rakan dan 5 rakan ProCC Melaka telah bersetuju untuk mendaki Gunung Datok yang terletak di daerah Rembau. Gunung Datok ini amat terkenal di kalangan pendaki-pendaki gunung dan boleh dikatakan dipenuhi orang ramai pada setiap hujung minggu. Kami memulakan pendakian pada jam 930pagi dengan menyusuri kawasan air terjun dan seterusnya melalui trek yang sudah sedia ada. Gunung Datok dengan ketinggian 884m dari aras laut ini benar-benar mencabar keupayaan mental dan fizikal kami. Trek mendaki yang hingga mencapai 90 darjah terpaksa kami lalui untuk sampai ke puncak gunung ini. Setelah lebih kurang 2jam pendakian sampailah kami ke puncak Gunung Datok. Dibawah terdapat beberapa lampiran gambar untuk tatapan bersama :

Bergambar di puncak Gunung Datok...

Bergambar sebelum memulakan pendakian...

















Keindahan awan yang menutupi beberapa kawasan dibawahnya...


kejadian hujan setempat yang sempat dilihat...


Berada di puncak Gunung Datok...











1 comment: