Monday, January 30, 2012

Bukit Batu lebah, Melaka

   Pada 23 Jan baru - baru ini aku pergi mendaki Bukit Batu Lebah yang terletak di Selandar, Melaka bersama adik iparku, Khairul dan Fauzi. Kami mendaki dengan bantuan seorang renjer iaitu abg Syukor yang bertugas di hutan rekreasi tersebut. Pendakian memerlukan masa selama 30minit untuk sampai ke puncak bukit dengan ketinggian lebih kurang 600m. Terdapat beberapa tempat menarik di puncak Bukit Batu Lebah ini seperti Gua Reban Ayam, Gua Kelambu, Gua Kura- Kura dan beberapa batu yang mempunyai pelbagai bentuk contohnya batu berbentuk kapal dan tanjak.

   Berikut sedikit gambar untuk paparan anda semua :


Pejabat Renjer

Permulaan trek...

Fauzi & Khairul...


Puncak pertama...


Bukit Cabang Tiga...


Puncak Bukit Batu Lebah (600m)

Bersama abg Syukor...





Daun yg dulu selalu disimpan di dalam buku...


Gua Reban Ayam...





Batu berbentuk kapal...

Pintu Gua Kelambu...







Antara pokok tertua di bukit ini...


Cendawan sebesar kuali...



Laluan ke Gua Kura - Kura...





Bergambar di batu sendeng...




Wednesday, January 18, 2012

Taman Saujana Hijau...

   Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Taman ini dicipta khas kepada semua pengunjung yang inginkan kedamaian dan istirehat. Taman ini amat sesuai kepada mereka yang gemarkan aktiviti riadah seperti jogging, cycling, walking dan sebagainya. Taman ini di reka berdasarkan ciri-ciri seperti taman-taman di Eropah iaitu dihiasi dengan pagar-pagar kayu dan pokok-pokok pines. Terdapat trek yang direka khas sepanjang lebih kurang 2.5km untuk membolehkan semua pengunjung mengelilingi taman ini. Trek ini biasanya digunakan sebagai trek untuk berjogging, berbasikal dan ada juga yang berjalan kaki. Terdapat juga beberapa pondok rehat untuk para pengunjung berehat di sepanjang trek ini.

   Di sini saya paparkan sedikit gambar untuk tatapan bersama :


Papantanda di permulaan trek...








Salah satu pondok rehat yang disediakan...






Trek bermula dan tamat di sini...