Monday, December 19, 2011

Bukit Melawati, Kuala Selangor

   Pada 17 Dec baru-baru ini, aku bersama family ku pergi ke Bukit Melawati yang terletak di Kuala Selangor. Perjalanan dari rumah kami di Salak Tinggi menuju ke destinasi menngambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya disana kami terus menaiki train yang disediakan untuk mengelilingi bukit Melawati. Bayaran RM3 dikenakan kepada dewasa dan percuma untuk kanak-kanak. Di Bukit Melawati ini terdapat rumah api lama, muzium, khazanah tinggalan sejarah, Taman Alam, perigi beracun, busut dan terdapat satu tempat khas yang boleh pengunjung bermain dengan beberapa spesies monyet dan memberi makanan kepada spesies ini.

   Di sini saya paparkan sedikit  gambar sekitar lawatan kami :






Spesies yang bebas disini...







Muzium...




Permandangan dari puncak Bukit Melawati


train yang kami naiki...



Larian Kitar Semula 2011

   Larian Kitar Semula 2011 telah berlangsung di Presint 2 Putrajaya pada 18 Dec 2011. Larian ini antara event larian yang terbesar untuk tahun ini kerana disertai hampir 5000 paserta. Larian dibahagikan kepada 6 kategori mengikut umur dan dibahagikan pula kepada 2 jarak larian iaitu 7km dan 3km. Larian bermula tepat jam 7.35 pagi dan aku berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa 35minit. Setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian telah diberikan sijil penyertaan dan goodie beg manakala medal hanya diberikan kepada peserta yang layak sahaja.


Adik iparku, Khairul Anuar...





 

MMU Rakan Muda Run 2011

   MMU Rakan Muda Run telah diadakan di Multimedia University, Cyberjaya pada  hari sabtu, 17 Dec 2011. Larian ini dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Puma open (10km), Student open (10km) dan Fun Run (3.6km). Larian ini bermula lebih kurang jam 7.10 pagi dan flag-off bermula dengan kategori Puma open, seterusnya kategori Student open dan di akhiri dengan Fun Run. Aku bersama rakanku, Fizi cuma menyertai Fun Run dan aku berjaya menamatkan larian dengan mendapat tempat pertama untuk kategori ini dengan tempoh masa 15minit. Semua peserta diberikan sijil penyertaan dan medal hanya diberikan kepada peserta kategori Puma open dan Student open sahaja.

   Sedikit paparan gambar untuk tatapan anda semua :

Bersama salah seorang crew larian...

Aku dan rakanku Fizi