Monday, October 31, 2011

Pink Charity Run 2011

   Pada 30 okt baru-baru ini, aku bersama rakanku Hasrul telah menyertai larian amal di Harbor Place, Klang. Larian ini adalah anjuran dari Hospital Pantai Klang. Larian sejauh 10km ini disertai lebih kurang 300 peserta dan bermula tepat jam 7pagi. Aku mengambil masa selama 55 minit untuk menamatkan larian ini. Medal, sijil dan goodie beg diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian. Sedikit paparan untuk anda semua :


Medal dan sijil yang diberikan...

Hasrul









Bersantai di Jeram Kedah...

   Pada 26 okt lepas aku bersama geng Green Zone pergi menjejak air terjun Jeram Kedah yang terdapat di pekan Ulu Beranang. Tepat jam 8 pagi kami mula bertolak dari Salak Tinggi menuju ke Jeram Kedah. Perjalanan kami ke destinasi mengambil masa selama sejam sahaja. Jeram Kedah ini memang sesuai bagi sesiapa yang inginkan tempat yang privacy. Cuma kami saja yang berada di Jeram Kedah pada pagi itu. 
   Selepas mandi dan bbq kami bergerak pulang ke Salak Tinggi. Di sini saya paparkan sedikit gambar untuk paparan anda semua:

Signboard ini berada di Pekan Ulu Beranang

Jeram Kedah


My wife, Mieza

Sesi berBBQ

Antara geng Green Zone yg hadir...