Tuesday, April 24, 2012

Larian Mesra PDRM 2012

   Larian Mesra PDRM telah diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada hari ahad, 22 April 2012. Larian ini telah disertai lebih kurang 2000 peserta dan dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut peringkat umur. Jarak larian adalah 7km, 5km dan 3km. Larian bermula tepat jam 7.20am dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YB Dato' Mohd Ali Rustam. Aku bersama 4 rakan lain telah menyertai larian ini dan berjaya menamatkan larian sejauh 7km dalam tempoh masa 27minit. Kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan sijil penyertaan dan goodies bag.
   Di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama :






Wednesday, April 18, 2012

Larian Perpaduan Rakyat

   Larian Perpaduan Rakyat telah berlangsung pada 15 april lepas di hadapan pejabat DAP negeri Melaka iaitu di Lorong Pandan. Larian ini dianjurkan oleh Parti Pakatan Rakyat negeri Melaka dan dibantu oleh unit-unit amal dan polis trafik untuk kawalan lalu lintas. Larian sejauh 8.5km ini dimulakan tepat jam 8 pagi dan disertai lebih kurang 400 peserta dari pelbagai lapisan umur dan kaum. Aku berjaya menamatkan larian sepanjang 8.5km ini dalam masa 47minit. Semua peserta yang berjaya menamatkan larian diberikan sijil penyertaan.
   Serba sedikit gambar semasa larian :

Salah seorang pemenang kategori veteran...