Wednesday, June 20, 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

  Team Malaysia Fan Run 2012 telah diadakan di Dataran Merdeka pada  17 Jun lepas. Aku bersama beberapa rakan sekerja mengambil bahagian dalam larian ini iaitu larian sejauh 7km. Larian bermula tepat jam 8pagi dan cuaca agak mendung pada permulaan larian. Setelah berlari lebih kurang 4km kami terpaksa berlari dalam keadaan hujan yang lebat hingga ke garisan penamat. Terdapat 3 stesyen air untuk larian kali ini. Aku berjaya menamatkan larian ini dalam tempoh masa 35minit. Setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan diberikan medal, sijil penyertaan dan goodies beg.
   Di bawah adalah beberpa gambar untuk tatapan bersama :

FOE Runner Team









No comments:

Post a Comment