Pada awal pagi sabtu baru-baru ini iaitu pada 5 may 2012, aku dan 4 orang rakan lain telah sepakat untuk menjelajah Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Baru. Kami bergerak dari cyberjaya tepat jam 8 pagi dan memerlukan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi tersebut. Sungai Chiling ini memang popular dengan kejernihan air terjunnya, persekitaran yang hijau disamping ikan-ikan yang terpelihara (kawasan larangan memancing). Sungai Chiling cuma boleh dikunjungi pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Anda perlu mendaftar nama di pondok renjer sebelum memulakan trekking. Selepas mendaftar, anda boleh memulakan perjalanan melalui trek yang telah disediakan. Kami mengambil masa selama 50minit untuk sampai ke puncak Air terjun Sungai Chiling. Anda perlu melalui 6 lintasan sungai sebelum sampai ke puncak air terjun Sungai Chiling.
Di sini saya lampirkan beberapa gambar untuk panduan bersama :
Bergerak menuju Pondok Renjer...
Permulaan trek bersebelahan Pondok Renjer...
Lintasan 1
Lintasan 2
Lintasan 3
Lintasan 4
Lintasan 5
Lintasan 6
Air terjun Sungai Chiling...
No comments:
Post a Comment