Monday, May 28, 2012

International Ekiden Run 2012

   Pada 27 May 2012 baru-baru ini telah berlangsung International Ekiden Run kali ke 7 di Putrajaya. Larian ini telah disertai lebih kurang 400 pasukan dan setiap pasukan terdiri dari 5 peserta. Ekiden Run ini adalah acara larian secara berganti-ganti, dimulakan di hadapan Kompleks Mahkamah Putrajaya dan berakhir di situ juga. Larian ini dibahagikan kepada 5 zon dan setiap peserta dihantar di zon masing-masing menggunakan bas-bas yang telah disediakan. Jumlah jarak larian ini adalah lebih kurang 15km dan purata untuk setiap peserta berlari adalah sejauh 3km. Kami telah berjaya menamatkan larian ini dalam tempoh masa 1 jam 20minit dan berjaya menempatkan diri dalam kelompok yang layak menerima medal. Kepada setiap kumpulan yang berjaya menamatkan larian telah diberikan sijil penyertaan dan goodies beg.
   Di sini saya sertakan gambar-gambar selepas kami berjaya menamatkan larian :

FOE Runner Team (Aku,Azrin,Hasrul,Syamsul & Khairul)

Medal dan sijil yang diberikan...






Wednesday, May 16, 2012

Daypack Hiking Gunung Angsi

   Pada 12 May baru - baru ini, aku bersama 6 rakan lain bersetuju untuk mendaki Gunung Angsi yang terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Sebelum memulakan pendakian, kami membuat pendaftaran di pejabat renjer dan bayaran sebanyak RM5 dikenakan setiap seorang untuk mendaki Gunung Angsi. kami memulakan pendakian tepat jam 930 pagi, trek dimulakan dengan menyusuri air terjun Ulu Bendul dan terus menuju ke Kem Tangga Batu. Kami mengambil masa selama sejam untuk sampai ke kem tersebut. Selepas berehat selama 15minit kami meneruskan pendakian dan kali ini trek semakin mencabar dan kami berjaya sampai ke puncak selepas 2 jam pendakian. Terdapat satu kawasan lapang di atas puncak gunung Angsi ini. Selepas 45minit berehat, makan dan menikmati permandangan di puncak Gunung angsi, kami pun memulakan trekking untuk pulang, tapi kali ini kami memilih denai melalui Bukit Putus untuk pulang kerana trek ini lebih mudah dan tidak sejauh trek mendaki dari Ulu Bendul. Setelah 1 jam setengah trekking menuruni Bukit Putus, kami pun sampai di kaki bukit di tepi jalan raya Bukit Putus. Dari situ kami terpaksa berjalan kaki sejauh 3km untuk sampai ke pintu masuk Hutan lipur Ulu Bendul.
   Di sini saya lampirkan beberapa gambar untuk tatapan bersama :



Hutan Lipur Ulu Bendul

Kem Tangga Batu










Hujan lebat sebelum sampai ke puncak...

Puncak Gunung Angsi





Berada di puncak Gunung Angsi - 825m




View Bandar Senawang

Laluan Bukit Putus

Wednesday, May 9, 2012

Daypack Sungai Chiling

   Pada awal pagi sabtu baru-baru ini iaitu pada 5 may 2012, aku dan 4 orang rakan lain telah sepakat untuk menjelajah Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Baru. Kami bergerak dari cyberjaya tepat jam 8 pagi dan memerlukan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke destinasi tersebut. Sungai Chiling ini memang popular dengan kejernihan air terjunnya, persekitaran yang hijau disamping ikan-ikan yang terpelihara (kawasan larangan memancing). Sungai Chiling cuma boleh dikunjungi pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Anda perlu mendaftar nama di pondok renjer sebelum memulakan trekking. Selepas mendaftar, anda boleh memulakan perjalanan melalui trek yang telah disediakan. Kami mengambil masa selama 50minit untuk sampai ke puncak Air terjun Sungai Chiling. Anda perlu melalui 6 lintasan sungai sebelum sampai ke puncak air terjun Sungai Chiling.
   Di sini saya lampirkan beberapa gambar untuk panduan bersama :




Bergerak menuju Pondok Renjer...


Permulaan trek bersebelahan Pondok Renjer...

Lintasan 1




Lintasan 2

Lintasan 3

Lintasan 4

Lintasan 5

Lintasan 6

Air terjun Sungai Chiling...