Pada 12 May baru - baru ini, aku bersama 6 rakan lain bersetuju untuk mendaki Gunung Angsi yang terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah. Sebelum memulakan pendakian, kami membuat pendaftaran di pejabat renjer dan bayaran sebanyak RM5 dikenakan setiap seorang untuk mendaki Gunung Angsi. kami memulakan pendakian tepat jam 930 pagi, trek dimulakan dengan menyusuri air terjun Ulu Bendul dan terus menuju ke Kem Tangga Batu. Kami mengambil masa selama sejam untuk sampai ke kem tersebut. Selepas berehat selama 15minit kami meneruskan pendakian dan kali ini trek semakin mencabar dan kami berjaya sampai ke puncak selepas 2 jam pendakian. Terdapat satu kawasan lapang di atas puncak gunung Angsi ini. Selepas 45minit berehat, makan dan menikmati permandangan di puncak Gunung angsi, kami pun memulakan trekking untuk pulang, tapi kali ini kami memilih denai melalui Bukit Putus untuk pulang kerana trek ini lebih mudah dan tidak sejauh trek mendaki dari Ulu Bendul. Setelah 1 jam setengah trekking menuruni Bukit Putus, kami pun sampai di kaki bukit di tepi jalan raya Bukit Putus. Dari situ kami terpaksa berjalan kaki sejauh 3km untuk sampai ke pintu masuk Hutan lipur Ulu Bendul.
Di sini saya lampirkan beberapa gambar untuk tatapan bersama :
Hutan Lipur Ulu Bendul
Kem Tangga Batu
Hujan lebat sebelum sampai ke puncak...
Puncak Gunung Angsi
Berada di puncak Gunung Angsi - 825m
View Bandar Senawang
Laluan Bukit Putus
No comments:
Post a Comment