Wednesday, March 28, 2012

Gunung Tampin

   Pada 25 Mac baru-baru ini, aku bersama 3 rakan lain membuat keputusan untuk pergi mendaki Gunung Tampin yang terletak di bandar Tampin, Negeri sembilan. Ketinggian gunung ini adalah 764m dan terdapat 2 puncak di Gunung Tampin ini yang berketinggian lebih kurang sama, cuma trek sahaja yang berbeza. Untuk mendaki ke puncak gunung Tampin yang pertama, anda boleh menggunakan jalan tar yang telah disediakan dari pintu gerbang Gunung Tampin hingga ke atas puncak. Kami memulakan pendakian tepat jam 9pg dan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai ke puncak pertama. Di atas puncak ini terdapat satelit-satelit yang dikawal oleh pihak tentera dan gambar juga agak terbatas untuk diambil di atas puncak ini.
   Di atas puncak ini terdapat satu laluan denai yang anda boleh gunakan untuk sampai ke puncak kedua. Kami mengambil masa selama 45minit untuk sampai ke kawasan puncak kedua. Permandangan di puncak kedua agak terbatas disebabkan dikelilingi pokok-pokok hutan yang tinggi.
   Berikut adalah serba sedikit paparan untuk tatapan bersama :

Gunung Tampin - 764m










Pondok rehat yang disediakan...




Puncak Gunung Tampin...



Permulaan trek untuk ke puncak kedua Gunung Tampin...




Kawasan puncak kedua Gunung Tampin...





No comments:

Post a Comment