Monday, September 26, 2011

Pudu Charity Run 2011

   Pada 25 sept 2011, aku telah menyertai Pudu Charity Run pada jarak 7km bermula di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Larian bermula tepat jam 730 pagi dan disertai lebih kurang 300 peserta. Majoriti yang menyertai adalah dari kalangan yang berbangsa cina. Aku antara wakil -  wakil bangsa melayu yang cuba menyertai larian ini. Trek yang agak mencabar, bermula dengan larian mendaki bukit sepanjang 3km dan seterusnya agak mendatar sehingga sampai ke garisan penamat iaitu di padang merbok semula. Aku mengambil masa selama 45minit sebelum berjaya menamatkan larian sejauh 7km ini. Walaupun tidak menang untuk larian ini tetapi sekurang-kurangnya tersenarai juga antara 20 peserta terpantas. Terdapat satu pit stop untuk para peserta mendapatkan air yang telah disiapkan oleh pihak penganjur.

  Semua peserta yang berjaya menghabiskan larian sejauh 7km ini akan diberikan medal, sijil penyertaan dan goodies bag. Berikut sedikit tatapan untuk anda semua...



Antara hadiah yang diberi kepada para peserta





Sunday drive to Cameron Highland

Trip ke Cameron Highland pada 18 sept lepas bersama family dan adik ipar, yati dan aki. Kali ini sudah genap 6 kali kami bercuti di Cameron Highland. Bagi yang belum pernah ke sana pasti teruja untuk menikmati suasana dan kedamaian di sana. Kami bergerak dari salak tinggi terus melalui Plus highway dan ikut exit tapah. Perjalanan lebih kurang 3 jam dari salak tinggi ke Tanah Rata, Cameron Highland. Berikut serba sedikit gambaran untuk anda semua...

Ayah & Syirah

Ibu & Syirah






Ladang Teh Cameron Valley




Chocolate tea & carrot cake...

Aki, yati & Aniq










Lata Iskandar